About Me

My photo
klang, Malaysia
iUuSs :: nineteen Y.O :: KlaNg :: kolej matrikulasi selangor(2011/2012) :: universiti kebangsaan malaysia(2012/2013) ..:: i need to learn more ::..

Monday 28 May 2012

Saturday 26 May 2012

siksa meninggalkan solat


6 Siksa di Dunia Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu :
1. Allah SWT mengurangi keberkatan umurnya.
2. Allah SWT akan mempersulit rezekinya.
3. Allah SWT akan menghilangkan tanda/cahaya soleh dari raut wajahnya.
4. Orang yang meninggalkan solat tidak mempunyai tempat di dalam islam.
5. Amal kebaikan yang pernah dilakukannya tidak mendapatkan pahala dari Allah SWT.
6. Allah tidak akan mengabulkan doanya.
3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Menghadapi Sakratul Maut :
1. Orang yang meninggalkan solat akan menghadapi sakratul maut dalam keadaan hina.
2. Meninggal dalam keadaan yang sangat lapar.
3. Meninggal dalam keadaan yang sangat haus.
3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu di Dalam Kubur :
1. Allah SWT akan menyempitkan kuburannya sesempit sempitnya.
2. Orang yang meninggalkan solat kuburannya akan sangat gelap.
3. Disiksa sampai hari kiamat tiba.
3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Bertemu Allah :
1. Orang yang meninggalkan solat di hari kiamat akan dibelenggu oleh malaikat.
2. Allah SWT tidak akan memandangnya dengan kasih sayang.
3. Allah SWT tidak akan mengampunkan dosa dosanya dan akan di azab sangat pedih di neraka.
Mengenai balasan bagi orang yang meninggalkan Solat Fardu:
Rasulullah SAW, diperlihatkan pada suatu kaum yang membenturkan kepala mereka pada batu, Setiap kali benturan itu menyebabkan kepala pecah, kemudian ia kembali kepada keadaan semula dan mereka tidak terus berhenti melakukannya. Lalu Rasulullah bertanya: “Siapakah ini wahai Jibril”? Jibril menjawab: “Mereka ini orang yang berat kepalanya untuk menunaikan Solat fardhu”. (Hadits Riwayat Tabrani, sanad shahih)

buat dia

saya x kan jd org yg sempurna untuk awak,tp sy akan b'usaha m'jd org yg terbaik untuk awak.

saya xkan b'jnj untuk cinta awak sepenuh hati,sbb sy nak letak Allah penuh2 dlm at ni,,bru awak.

saya xkan beri harapan untuk b'sama dgn awak selama2nye,sbb satu hari nnt saya akn pergi juga.

saya akan ajar awak,tiada jaminan atas setiap perkara yang berlaku. hidup kita umpama pensil. pasti ada yg memegang hidup kita,iaitu Allah. jgn berharap pd hidup. biarpun awak rasa cukuplah hidup bersama saya,tapi itu masih tidak ckup. kita kene ajar diri, there is guarantee in life.

tapi satu perkara yang saya pasti,saya nak jumpa awak kat syurga nanti.. insyaAllah..

siksa meninggalkan sembahyang ketika di akhirat

  


  1. solat subuh : 1 kali meninggalkan akan dimasukkan kdlm neraka slama 30 thun yg sama dgb 60000 thun didunia.
  2. soalt zuhur : 1 kali meninggalkan dosanya sam dgn m'bunuh 1000 org uma islam.
  3. solat asar : 1 kali meninggalkan dosanya sama dgn meruntuhkan kaabah.
  4. solat maghrib : 1 kali meninggalkan dosanya sama dgn org b'zina dgn org tua.
  5. solat isyak : 1 kali meninggalkan x akan diredhai Allah tggl dibumi atau dbwh langit serta makan dan minum dari nikmatnya

Friday 25 May 2012

wanita solehah idaman lelaki =)




1. Kecantikan Dalaman
Wanita yang tulen adalah wanita yang lemah lembut dalam pewarakannya tetapi prinsip dan nilai hidupnya begitu agung dan tinggi merantai dirinya. Itulah kecantikan dalaman yang sukar ditandingi.

2. Keanak-anakan
Lelaki suka membela, menjaga, membimbing dan melindungi justeru mereka boleh berperanan menjadi pelindung kepada mereka. Keperibadian wanita yang manja keanak-anakan memang merupakan salah satu keindahannya namun tidaklah berkeanak-anakan yang melampau kerana akan menunjukkan bahawa diri wanita itu tidak matang.

3. Cantik
NAFSU mengatakan wanita cantik pada rupanya, AKAL mengatakan wanita cantik pada ilmu dan kepandaiannya, HATI mengatakan wanita itu cantik pada akhlaknya.

4. Berakhlak Mulia
“Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah”. Sebagai ibu, terukir di paparan dada. Sebagai isteri, pengubat duka nan lara.Sebagai kekasih, dirindui saban ketika. Sebagai mujahidah, berdiri dibelakang mujahidin. Ciri-ciri wanita yang solehah taat kepada Allah. Berbuat baik kepada ibu bapa .Sentiasa taat dan berkhidmat kepada suami dengan sepenuh hati. Menutup dan menjaga aurat. Tidak berhias apabila keluar rumah. Tidak keluar bersendirian atau bersama lelaki ajnabi kecuali bersama mahram. Berbuat baik dengan jiran tetangga. Suka mempunyai anak yang ramai dan berusaha untuk mendidik mereka.

5. Berpegang pada agama
“Dikahwini wanita itu kerana 4 perkara, kecantikannya, hartanya, keturunannya, dan agamanya. Pilihlah yang paling beragama”

6. Dari keturunan yang baik-baik.
Seorang wanita yang dari keturunan yang baik-baik mudah diterima lelaki. Namun wanita yang berasal dari keturunan yang hina seperti anak zina atau sebagainya tidak wajar merasakan dirinya tidak layak menjadi wanita idaman. Islam mengangkat tinggi umatnya yang bertaubat dan sentiasa memperbaiki diri kerana taqwa menjadi darjat kemuliaan disisi Allah.

7. Bijaksana
Saidatina Aisyah r.a. merupakan seorang tokoh intelektual terbilang. Sebanyak 2210 hadis sahih berjaya diriwayatkan selama 9 tahun hidup bersama Rasulullah s.a.w. Beliau merupakan fuqoha’ (ahli hukum) Madinah yang unggul dan juga berpengetahuan dalam bidang perubatan. Wanita idaman lelaki ialah wanita yang pandai tetapi tidak menunjuk-nunjuk pandai kerana ianya mencabar ego lelaki lalu menyebabkan lelaki menyampah terhadapnya.

8. Tidak mempamerkan keseksian
“Wanita yang berpakaian tetapi sebenarnya telanjang untuk mencari perhatian lelaki, yang melenggok-lenggokkan tubuhnya, yang kepalanya seperti punuk (bonggol) unta, mereka itu tidak akan masuk syurga”.
(Hadis Riwayat Muslim)

9. Tidak Cerewet
Wanita yang cerewet boleh merimaskan lelaki dan mudah menyebabkan lelaki menyampah terhadapnya.

10. Memahami lelaki
Contoh: Yang berlaku: “Itulah abang! Asyik bekerja aje. Mementingkan diri sendiri… Tak ingat nak balik rumah… Tak abis-abis layan kawan.. kawan.. kawan… Hal rumah ni takkan nak suruh saya buat sorang!”Yang sebenarnya berlaku: Di pejabat, bos sambung meeting hingga pukul 7 malam. Singgah solat Maghrib di masjid. Ada penceramah idola. Dengar ceramah sehingga solat isyak. Dalam perjalanan pulang, kawan lama telefon minta jumpa di warung ada hal penting katanya. Pukul 10 malam baru sampai di rumah.

11. Tidak terlampau cemburu
“Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dihabiskan dijalan Allah dan orang yang dikurniakan ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadis) serta diajarkan kepada orang lain” (riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

12. Sejuk mata memandang.
Bersopan-santun, sentiasa memaniskan muka. Sentiasa senyum. Menutup aurat. Ramah dan mesra. Menundukkan pandangan.

13. Pandai menaikkan semangat dan bermotivasi
Lelaki lebih tertarik untuk mencari wanita yang pandai menaikkan semangat dan bermotivasi ketika dia memerlukannya.

14. Canggih
Wanita yang pandai menyesuaikan diri dengan arus perkembangan semasa tetapi masih mengekalkan ciri-ciri wanita Islam yang berakhlak mulia dan menutup aurat.

15. Mempunyai persamaan yang bermakna
Suatu hari,Imam Malik hairan melihat burung merpati dan gagak berkumpul bersama. Dengan spontan beliau berkata,”Kedua-duanya bersatu padahal jenisnya tidak sama”. Ketika burung itu terbang, beliau melihat keduanya masih ada persamaan iaitu kedua-duanya cacat. Lalu beliau berkata,”Sebab itulah burung itu dapat bersatu”.

16. Pemaaf
Wanita yang suka mendahului meminta maaf walaupun dirinya tidak bersalah digambarkan mempunyai peribadi yang unggul dan mudah disayangi.

17. Seimbang
Seimbang dari sudut pergaulan, keagamaan, pengurusan diri, dan pengurusan masa.

Thursday 24 May 2012

itu wanita




merawat hati yg keras



  • Pertama- Memperbanyakkan membaca al-Quran dan berzikir. Dengan cara ini hati menjadi hidup. Ketahuilah hati yang tidak pernah ataupun jarang jarang membaca al-Quran  adalah hati yang mudah terpengaruh dengan tipu daya syaitan.
  • Kedua- Sentiasa merendah diri dan menangis di hadapan Allah. Kita hendaklah bersikap kepada Tuhan sebagai seseorang yang sangat memerlukan-Nya. Apabila kita ditimpa kesulitan, merintih dan berdoalah kepada-Nya.
  • Ketiga – Menghadiri majlis-majlis ilmu. Sedarilah, semakin tinggi ilmu agama seseorang semakin takut dia kepada Tuhan-Nya. Di samping itu juga elakkan diri dari menghadiri majlis-majlis yang tidak berfaedah dan membuang masa. Ini termasuklah majlis tari-menari dan  juga konsert-konsert hiburan yang melalaikan.
  • Keempat- Mengingati mati. Seseorang yang sentiasa ingat akan kematian menyebabkan hatinya tertumpu kepada alam akhirat, sekaligus meremehkan dunia dan tidak panjang angan-angan.
  • Kelima- Menziarahi kubur. Jika hati kita tidak dapat disembuhkan dengan cara sebelum ini maka inilah  cara yang paling berkesan dalam mengubati hati yang keras.  Rasulullah s.a.w bersabda:

lelaki dan perempuan perlu tahu


hope this from myself!

istidraj





Suka Allah Biarkan Kita Terus Sesat Dengan Nikmat Dunia?

Eh eh, engkau yang bajet alim tu. Tudung labuh, tak cakap dengan lelaki, jalan pun tunduk sampai langgar tiang, usrah sana, usrah sini, dakwah sana, dakwah sini. Aku nak tanya kau ni.

Awak cakap dengan saya ke?
Haah, kau lah. Siapa lagi? Takkan aku cakap dengan dinding pula. Aku tengok akademik kau tak ada lah bagus sangat. Apa cerita kawan? Doa kau tak makbul ke?

Oh. Bukan macam tu. Sebenarnya…..
Kau tengok aku, couple, tiap-tiap weekend keluar dating, tengok wayang, hang out dengan kawan-kawan. Dapat juga result cemerlang, dekan tiap-tiap semester. Tak payah nak doa sangat pun sebab aku yakin, aku memang pandai. Hehe (gelak bangga)..
Sebenarnya saya nak…..

Alah, tak payah lah nak bagi macam-macam alasan lagi. Hakikatnya, hidup kita ni kita yang tentukan semuanya. Kalau jadi baik alim sekalipun, belum tentu Allah akan tolong kita. Hidup aku bebas, tak terkongkong, enjoy saja. Bestnya.
Awak, tolonglah bagi saya habiskan kata-kata saya dulu. Boleh tak? Sebenarnya saya nak kata yang kita jangan terlalu bangga yang kita berjaya sedangkan pada masa yang sama kita lakukan perkara yang dimurkai Allah. Mungkin juga itu adalah istidraj.
Istidraj tu apa?

Allah bagi kita kejayaan demi kejayaan adalah bertujuan untuk lebih menyesatkan kita hari ke hari. Mahukah kita terus-terusan sesat dalam hidup ini? Nauzubillahi min zalik. Adakah kejayaan sebegini yang kita impikan. Kejayaan yang disaluti murkaNya? Semoga kejayaan dan rezeki yang kita peroleh adalah tanda kasihNya dan bukan sama sekali istidraj daripadaNya.

..... Allahurobbi. Alangkah bahagianya jika aku cemerlang kedua-dua sahsiah dan akademik. Cemerlang dunia akhirat. Aku mesti berubah. Yeah..!!

ISTIDRAJ.
It is when Allah gives you rezki
not to help you
but to let you go astray.
......................
Nauzubillah min zalik.
Moga rezki yang kita peroleh
adalah tanda kasihNya
bukan istidraj daripadaNya

pulun ilmu habis2an =)


Monday 21 May 2012

buat sang pencita

~✿>> Cinta bukan milik kita…setiap PERPISAHAN tidak sia-sia, tidak perlu bersedih lama kerana cinta itu MILIK Allah..hari ini Dia tarik rasa cinta dari hati pasangan kamu sehingga tawar hatinya..kerana, mungkin esok atau lusa Dia campakkan rasa cinta yang LEBIH SEGAR dalam hati si dia yang SETEPATNYA untuk kamu..semalam kamu berjalan dengan tidak cermat dan TIDAK BERHATI-HATI..hari ini dan esok, bak kata Saiyidina Umar: 
“..WASPADALAH jangan terpijak atau memijak onak dan duri..” 

>>> Jangan kamu kutip lagi serpihan kaca..SABARLAH hingga kau temukan permata…(◕‿◕)

aku terima nikahnya si pulan binti si fulan

'aku terima nikahya si dia binti si ayah dgn mas kahwinnya RM..'

bunyinya macam mudah..
maksud sebenarnya:
 'aku tanggung dosa si dia dari ibu bapanya,ape shj dose yg dibuat,dari dedah aurat hingga ke tggl solat,ak tanggung dosanya dan bkn ibu bapanya tanggung lg,dan ak tanggung dosa bakal ank2 ak..jika gagal,maka ak fasik,dayus dan ak rela masuk neraka,ak rela malaikat Zabaniyah melibas ak hgga pecah bdnku..'



love is cinta

tertarik dgn ayt nie..tp ini semua bergantung pada takdir Allah..jika kita byk berdoa InsyaAllah pasangn kita akn sama seperti yg kita knl, insyaAllah..

jika kamu menyukai seseorg,usahlah kau pamerkan kasih sygmu,

kelak kamu akn kecewa...

jika kamu meminati seseorg,usahla menunjukkan kpd si dia,
kelak kamu akan derita...

jika kamu berkenankan seseorg,usahlah menunjukkan kpd si dia,
sebaliknya luahkan kpd Dia...

jika benar cinta kamu kpd seseorg itu krn Allah,
siapa tahu Dia m'gerakkan hati kamu berdua dan m'jodohkan kalian didunia serta di syurga...

insyaAllah... 

moge2 kalian m'dpt pasangn yg soleh dan blh m'bimbing kalian kejalan Allah.. amin.

Saturday 19 May 2012

20 penyakit hati terhadap Allah


sebenearnya..
Allah sentiase ade untuk kita..
Allah kaunselor terbaik kita.. yg sentiase mendga luahan dan doa kita tanpa jemu..
Allah yg memakbulkan doa kita.. walaupun kita selalu melanggar perintahnye tanpa kita sedar..
Allah memujuk kita jikalau kita sedih, menangis ketika berdoa (dgn m'buat hati tenang)..
justeru,,kita perlu bertaubat dan yakin yg Allah ade disisi kita,,menemani kita dlm menempuh liku2 kehidupan..

Wednesday 16 May 2012

cantiknya wanita apabila


  • melukis kekuatan melalui masalahnya...
  • tersenyum disaat tertekan...
  • tertawa disaat hati sedang menangis...
  • tabah disaat terhina...
  • mempersona disaat memaafkan...
  • mengasihi tanpa balasan...
  • bertambah kuat dalam doa...
  • dan pengharapan ILLAHI...

Sunday 13 May 2012

tujuan saya 'join' blog ni adalah utk mengingatkan diri ini yg sentiasa lupe dan yg begitu jahil dalam agama... semoga segala 'post' disini sedikit sbyk dpt menambahkan ilmu saya dan para pembaca.. hendaknye..