About Me

My photo
klang, Malaysia
iUuSs :: nineteen Y.O :: KlaNg :: kolej matrikulasi selangor(2011/2012) :: universiti kebangsaan malaysia(2012/2013) ..:: i need to learn more ::..

Tuesday 31 July 2012

=)

Doa dapat mengawal diri daripada sifat panas baran:

'Ya Allah, sejukkanlah hatiku dengan salji dan kesejukan dan air yang sejuk. Ya Allah, bersihkanlah hati ku daripada dosa-dosa sebagaimana Engkau membersihkan baju yang putih daripada kekotoran'. (Rwyt al-Tarmizi)




Thursday 26 July 2012

=)

Bersama air mata pasti ada senyuman.
Bersama kesedihan ada kegembiraan.
Bersama cubaan dan musibah ada anugerah.
Semuanya telah merupakan ketentuan
 yang pasti dan prinsip hidup yang digariskan Allah s.w.t.

=)

Hazrat ‘Abdullah bin ‘Umar r.anhuma meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya hati-hati ini akan berkarat sebagaimana besi berkarat apabila terkena air.” Baginda s.a.w ditanya, “Ya Rasulullah, apakah penggilapnya?” Rasulullah s.a.w bersabda, “Banyak ingatkan maut dan membaca al-Quran.” (Hadith riwayat Baihaqi) 

Dosa yang banyak dan kelalaian daripada mengingati Allah s.w.t akan menyebabkan hati berkarat sebagaimana besi yang akan berkarat apabila terkena air. Membaca al-Quran dan mengingati maut akan menyinarkan kembali hati-hati itu. =))

Wednesday 25 July 2012

=)


Beruntung sangat kita yang masih hidup. Kita masih punya masa untuk bertaubat dan minta Allah ampunkan dosa-dosa kita. Dalam masa yang, jangan sampai kita lupa untuk selalu mendoakan orang-orang Islam yang sudah meninggal dunia. Lazimkanlah diri untuk doa-mendoakan antara satu sama lain. Itu dapat mendidik sifat ikhlas dan rasa sayang dalam diri kita untuk umat. (: (:

=)


As far as Modesty is concerned, as far as Humility is concerned, as far as Charity is concerned, as far as Politeness is concerned and as far as many other good things are concerned, no human can hold a candle to a Practising Muslim.

Wednesday 11 July 2012

wanita


Bertudung itu tanda seorang Muslimah mematuhi satu perintah Allah. Enggan bertudung itu tanda seorang Muslimah tidak mematuhi satu perintah Allah. Hanyalah satu bagi keduanya, maka jangan terlalu dipandang mulia si dia yang bertudung dan jangan memandang rendah si dia yang belum bertudung atau belum lengkap penutupan auratnya. Yang penting, bagi lelaki dan wanita, hargai dan jagalah badan yang sudah Allah beri pada kita. Jangan biarkan orang luar mengambil kesempatan ke atas diri kita dengan memandang kita dengan pandangan yang jahat.

kehebatan Al-Quran

Daripada Ibnu Mas’ud r.a. ia berkata :

“Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada Al Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud : Alif , Lam , Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf”.

(Hadith Riwayat Ad Darimi Tarmizi)

Saturday 7 July 2012

13 Perkara yang perlu dijaga oleh wanita.


1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.
(Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)


2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….


3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong.
(Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)


4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.
(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31).


5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.
(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)


6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.


7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)


8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.
(Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)


9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram.
(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)


10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.)
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.
(Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)


11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.
(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.)
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.)
Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.
(Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)


12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.
(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.)
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.


13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.
(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)




Riwayat Imran bin Hushain ra.:
Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921) —